KUALA LUMPUR, 28 Jan – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kementeriannya akan menyegerakan serta-merta peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, pengimbas-pengimbas suhu itu diperlukan bagi mempertingkatkan kemampuan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti individu yang , menghidapi simptom virus 2019-nCoV (Novel Coronavirus) dapat diperkukuhkan lagi di pintu masuk negara.
“Memandangkan permohonan ini berkaitan dengan usaha perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal, saya telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir untuk memberikan kerjasama penuh supaya peruntukan ini dapat disalurkan secepat mungkin,
“Kementerian Kewangan akan memberikan sokongan penuh kepada KKM agar kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap yang bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.