Home Semasa Raymond Cheah bukan penasihat Timbalan Perdana Menteri

Raymond Cheah bukan penasihat Timbalan Perdana Menteri

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 23 Jan – Pejabat Timbalan Perdana Menteri akan membuat laporan polis terhadap Raymond Cheah yang dipercayai menyalahgunakan nama baik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam kenyataannya hari ini, pejabat itu berkata individu tersebut tidak pernah dilantik sebagai penasihat kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Justeru itu sebarang urusan yang melibatkan individu terbabit tiada kaitan langsung dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri mahupun Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail,” kata Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Dr Wan Azizah, malam tadi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!