Home Pertahanan dan Keselamatan Yayasan Veteran ATM dilantik ejen perunding Lembaga Zakat Selangor selama 2 tahun

Yayasan Veteran ATM dilantik ejen perunding Lembaga Zakat Selangor selama 2 tahun

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Yayasan Veteran ATM (YVATM) sebagai Ejen Perunding Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Wisma Perwira, hari ini.

YVATM telah menjalinkan kerjasama dengan LZS semenjak 19 April 2019 dan dilantik sebagai ejen perunding sehingga 18 April 2021.

“Kerjasama antara YVATM dan LZS adalah salah satu strategi bagi menambah pendapatan Tabung Zakat YVATM,” kata pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Tabung Zakat YVATM ditubuhkan bagi memberi perhatian yang lebih kepada asnaf-asnaf veteran ATM yang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Program ini adalah inisiatif untuk menambaik aspek kebajikan veteran ATM dan tanggungannya,

“Ini selari dengan dasar kerajaan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentangkan pada Disember lalu bagi memastikan taraf sosioekonomi golongan veteran terbela,” jelas JHEV.

Program-program zakat yang telah dirancang dan dilaksanakan antaranya adalah program bantuan persekolahan, sumbangan kepada veteran ATM yang daif, bantuan perniagaan kecil veteran ATM serta bantuan pembelian peralatan perubatan yang tidak dibiayai oleh kerajaan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!