Home Politik Kenapa sekutu kuat Anwar tak berhenti desak Tun M letak jawatan?

Kenapa sekutu kuat Anwar tak berhenti desak Tun M letak jawatan?

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 JAN – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menemplak sesetengah ahli politik yang tidak berhenti mendesak Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan.

“Sebelum Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), saya bersama ahli majlis Presiden yang lain bersetuju secara konsensus untuk mengangkat Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7,

“Kami juga setuju DS Anwar akan menggantikan  Tun selagi perjanjian ini dihormati,” kata Syed Saddiq di akaun Facebook rasminya hari ini.

Beliau menegaskan Perdana Menteri tidak pernah mengingkari janjinya dan amat menghormati konsesus Pakatan Harapan (PH).

“Tun sentiasa menjawab dengan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan kepada Dato’ Seri Anwar,” kata Syed.

Pada masa yang sama, beliau membidas beberapa ahli poilitik yang dilabelkan sebagai penyokong kuat Anwar lantang mendesak Tun Mahathir untuk meletak jawatan.

“Persoalannya, mengapa penyokong kuat Datuk Seri Anwar seperti Ramkarpal, Ramasamy, Johari Abdul, Ronnie Liu, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, Syukri Razab, Syed Husin dan banyak lagi tidak habis habis mempersoalkan kedudukan  Tun M sebagai Perdana Menteri?

“Sejak tahun lepas mereka mempersoalkan kedudukan  Tun M dan membelakangkan KONSENSUS,” kata Syed Saddiq

Beliau turut menegaskan, bagaimana Tun Dr Mahathir untuk mentadbir negara jika diasak setiap hari. Menurutnya, tindakan sebegini adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.

“Malahan, lebih daripada itu tindakan ini boleh dianggap tidak mengutamakan kepentingan negara dan rakyat,

“Bagaimana  Tun M ingin mentadbir negara jika setiap hari didesak, ditekan dan diserang oleh mereka yang dianggap sebagai sekutu Anwar?

“Jika mereka boleh membelakangkan konsensus dan persetujuan bersama PH, bolehkah saya lakukan yang sama, jika saya mahu?” soal Syed Saddiq yang juga merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan dan Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!