Home Semasa Melaka sedia catu bekalan air sebagai langkah penjimatan hadapi musim panas

Melaka sedia catu bekalan air sebagai langkah penjimatan hadapi musim panas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 JAN – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menjelaskan keputusan kerajaan negeri untuk mengenakan catuan air berjadual akan ditentukan selepas Mesyuarat Mingguan Exco, esok.

Menurut beliau, catuan air dilaksanakan sebagai langkah penjimatan bagi mengelakkan air empangan dan kolam takungan semakin berkurangan. Namun, beliau berharap rakyat perlu menunggu keputusan mesyuarat pada esok.

“Langkah penjimatan air perlu dilaksanakan sekarang lebih-lebih lagi cuaca panas yang melanda negeri bakal berpanjangan hingga April ini,

“Apa pun kita nantikan esok sama ada ia (catuan) dilaksanakan atau tidak,” jelas Adly di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!