Home Semasa Malaysia kekal sebagai fasilitator perjanjian damai Selatan Thailand

Malaysia kekal sebagai fasilitator perjanjian damai Selatan Thailand

by M.Daim

PETALING JAYA, 21 JAN – Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) telah bersepakat untuk meneruskan rundingan damai dengan mengekalkan peranan Malaysia sebagai fasilitator.

Wakil delegasi BRN, Ustaz Anas H. Abdulrahman menyatakan peranan Malaysia sebagai fasilitator rundingan damai merupakan sebahagian daripada beberapa perkara yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa rundingan yang berlangsung semalam.

Rundingan antara BRN dan kerajaan Thailand yang berlangsung merupakan rundingan rasmi yang pertama diantara kedua-dua pihak. Delegasi BRN diketuai oleh Anas sementara Jeneral Wanlop Rugsanaoh mengetuai delegasi kerajaan Thailand.

Bekas Ketua Polis Negara ke-5, Tan Sri Abdul Rahim Noor bertindak sebagai fasilitator dan mewakili kerajaan Malaysia dalam rundingan bersejarah itu.

Selain mengekalkan Malaysia sebagai fasilitator, kedua-dua pihak telah bersepakat untuk mengukuhkan rangka kerja (framework) dan terma rujukan (term of reference) sebagai asas kepada rundingan selanjutnya.

“Rundingan BRN dengan kerajaan Thailand adalah hasil persefahaman bersama. Rundingan ini turut dihadiri oleh pemerhati luar negara,” jelas Anas dalam sidang media Sekretariat BRN, hari ini.

Menurut beliau, rundingan kali ini adalah bertujuan untuk mencari titik persamaan antara kedua-dua pihak bagi memupuk semangat saling-mempercayai (confidence building measure).

Ini bagi memastikan rundingan dapat diteruskan, sesuai dengan apa yang telah dipersutujui oleh kedua-dua pihak sebelum ini,” ujar Anas.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!