Home Semasa Kes Adib: NGO desak Peguam Negara letak jawatan, pembunuh dibawa kemuka pengadilan

Kes Adib: NGO desak Peguam Negara letak jawatan, pembunuh dibawa kemuka pengadilan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Gagasan Tiga (G3) sekali lagi mendesak kerajaan untuk memecat Peguam Negara, Tommy Thomas berikutan kegagalannya untuk memberikan pembelaan sewajarnya terhadap keluarga arwah anggota bomba Mohammad Adib yang meninggal dunia akibat dipukul sekumpulan perusuh dua tahun lalu.

Timbalan Pengerusi G3, Amran Ahmad Nor berkata perjuangan pembelaan untuk arwah Mohamad Adib masih belum selesai walaupun keputusan inkues telah diumumkan pada bulan September lalu.

“Kami berharap kerajaan akan memberikan keadilan kepada arwah dengan mendakwa pembunuh-pembunuh yang terlibat seperti yang dilihat dalam beberapa video tular di media sosial,

Perjuangan pembelaan untuk arwah Mohamad Adib masih belum selesai walaupun keputusan inkues telah diumumkan pada bulan September lalu – Timbalan Pengerusi G3, Amran Ahmad Nor

“Peguam Negara harus dipecat kerana sehingga pada hari ini setelah hampir setahun kejadian berlaku, keluarga arwah masih tidak mendapat pembelaan,” jelasnya.

Amran berkata G3 dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain sangat berharap agar kerajaan memandang serta mengambil serius keadaan ini demi keadilan keluarga arwah Adib,

“Kalau Adib mati dibunuh, mesti ada pembunuhnya? Ada video yang tular dan ada saksi ditahan serta disoal. Tetapi dimanakah mereka-mereka ini? Sampai hari ini tiada hukuman dikenakan,” kata Amran kepada pemberita selepas memberi kenyataan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung ucapan di Himpunan Keadilan Untuk Adib tahun lalu, hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa G3, Faizan Mohd Nor turut mendesak kerajaan untuk mengheret kesemua pembunuh Adib kemuka pengadilan.

Persoalanya sekarang dimana pembelaan kepada keluarga arwah Adib. Pembunuh perlu dibawa ke muka pengadilan – Ahli Jawatankuasa G3, Faizan Mohd Nor

“Kita risau banyak kes yang berprofil tinggi seperti kes Rafizi Ramli dan Azmin Ali telah ditutup oleh pihak kerajaan, dan saya syak benda yang sama boleh berlaku pada kes Adib,

“Persoalanya sekarang dimana pembelaan kepada keluarga arwah Adib. Pembunuh perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata ini adalah desakan dari semua badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat di negara ini.

“Keadilan perlu dibawa seperti mana yang dilaung oleh kerajaan iaitu ‘Rule of Law’ yang sepatutnya dipatuhi,” jelas Faizan

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018, selepas hampir tiga minggu bertarung nyawa.

Allahyarham merupakan anggota bomba yang cedera parah akibat dipukul perusuh pada hari kedua rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

Artikel berkaitan: Bertarung nyawa 21 hari, Adib akhinya pergi jua.

Artikel berkaitan: Kes Adib diklasifikasikan sebagai kes bunuh – PDRM

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!