Home Semasa “Hentikan hubungan diplomatik dengan China” – Hizbut Tahrir Malaysia

“Hentikan hubungan diplomatik dengan China” – Hizbut Tahrir Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Seramai lebih 500 orang rakyat Malaysia berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Republik Rakyat China, Kuala Lumpur dalam bantahan ke atas penindasan China terhadap etnik Uighur di wilayah Xinjiang.

Orang ramai mula berkumpul bermula jam 2.30 petang tadi selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur dan terus berarak menuju ke Kedutaan Besar Republik Rakyat China.

urucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Abdul Hakim Othman. Foto: Air Times News Network

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Abdul Hakim Othman mendesak kerajaan agar menghentikan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan China selepas isu penindasan terhadap etnik Uighur di negara itu.

“Kita telah menyerahkan memorandum peringatan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu mengenai isu ini,

“Kerajaan Malaysia perlu desak seluruh kerajaan negara Islam yang lain untuk bekerjasama,” katanya.

Tambah Abdul Hakim, kerajaan Malaysia juga harus mengeluarkan duta China di sini serta memanggil kembali duta Malaysia yang berada di sana.

“Kita akan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan. Kita tahu penyelesaian sebenar hanya dapat diselesaikan melalui diplomatik gabungan dan sekiranya mereka (China) tetap berkeras maka tindakan ketenteraan perlu diambil,” kata Abdul Hakim kepada pemberita semasa sidang media selepas Himpunan aman membantah penindasan China Terhadap etnik Uighur dan serahan memorandum teguran tegas kepada Kerajaan China di Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia, di sini.

Memorandum telah dihantar di hadapan pintu Kedutaan China namun tidak diterima sesiapa.

Terdahulu, Abdul Hakim berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Mufti Wilayah Persekutuan agar beliau turut bersuara mengenai isu ini.

Perhimpunan ini turut disertai oleh  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan beberapa pertubuhan masyarakat sivil (CSO).

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!