Home Semasa GMPN buat laporan polis ustaz tuduh kerajaan Malaysia ditadbir komunis

GMPN buat laporan polis ustaz tuduh kerajaan Malaysia ditadbir komunis

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Kenyataan oleh penceramah Ustaz Sharkawi Ishak di sebuah program anjuran PAS dan Umno di Pulau Pinang minggu lalu mendapat kecaman hebat kerana dakwaan beliau mengatakan kerajaan Malaysia ditadbir kerajaan komunis.

Pengerusi Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi pada pagi tadi.

“Ustaz tersebut telah membuat ceramah berunsurkan provokasi politik dimana beliau mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan komunis,

“Ini semua merupakan agenda politik murahan oleh pembangkang. Dulu libatkan agama dan bangsa, sekarang ingin libatkan politik pula,” ujar Razali.

Berikutan itu, Razali menyifatkan kenyataan individu tersebut sebagai satu unsur hasutan yang ingin menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

Tambah Razali, pihaknya menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Ustaz Sharkawi Ishak kerana boleh menggugat keselamatan negara.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!