Home Semasa Bekalan air Selangor, Putrajaya pulih sepenuhnya hari ini

Bekalan air Selangor, Putrajaya pulih sepenuhnya hari ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengumumkan gangguan bekalan air di  di kawasan Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya sejak Sabtu lalu telah pulih sepenuhnya pada hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Air Selangor mengesahkan bekalan air di kawasan Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya telah kembali seperti biasa sementara Petaling akan pulih selewat-lewatnya tengah malam ini.

“Pihak kami menjangkakan bekalan air di kawasan terjejas akan pulih sepenuhnya menjelang malam ini atau selewat-lewatnya sebelum tengah malam ini,” jelas Air Selangor dalam kenyataan tersebut.

Bekalan air di Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Petaling terjejas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Pencemaran yang berpunca dari tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah membuang bahan sisa buangan haram di lurang pembentungan sekitar loji milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd.

Gangguan bekalan air yang bermula semenjak Sabtu lalu telah melibatkan 366 kawasan yang merangkumi 328,957 akaun pengguna.

Bekalan air Selangor, Putrajaya pulih sepenuhnya hari ini. Bekalan air di kawasan Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya pulih sementara Petaling akan pulih selewat-lewatnya tengah malam ini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!