Home Pertahanan dan Keselamatan Helikopter EC725 terbangkan pesakit keluar dari Pulau Tioman

Helikopter EC725 terbangkan pesakit keluar dari Pulau Tioman

by Air Times News Network

KUANTAN, 13 Dis – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa pesakit warga emas yang mengalami masalah renjatan tekanan darah teruk dari Klinik Kesihatan Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan Mohd Asar Sarip, 67, diterbangkan bagi mendapatkan rawatan segera dengan menggunakan pesawat EC725AP daripada No 10 Skuadron, yang beroperasi di Pangkalan Udara Kuantan.

Pesawat tersebut telah diterbangkan oleh Kapten Mohd Nor Khairul Kamarudin dan dibantu Kapten Mohd Hakimi Wan Zin bersama dua orang anak kapal, Sarjan Mohd Afendi Matya serta Sarjan Abd Razak Harun.

Turut serta dalam penerbangan tersebut adalah waris pesakit, wakil pegawai perubatan, Sarjan Siti Zariah dari RSAT Pangkalan Udara Kuantan dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Pulau Tioman.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!