KUALA LUMPUR, 9 Dis – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit warga emas dari Lapangan Terbang Alor Star ke Pangkalan Udara Subang, pagi tadi.
Pesakit Duyah Hanapiah, 74, yang mengalami penyakit “Peripheral Vascular Diease” telah diterbangkan oleh pesawat CN 235 ke Pangkalan Udara Subang bagi menerima rawatan segera di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
“Pesawat telah dikendalikan oleh Mejar Hafiz Mohd Hashim dan pembantunya, Kapten Nazirul Shafiq Azahari serta tiga krew pesawat,
“Turut serta dalam penerbangan tersebut adalah waris pesakit, Datin Seri Nor Aswana Omar dan Noor Aslini Omar. Pesakit turut diiringi Pegawai Perubatan, Izzatul Syazwani Ismail bersama seorang staf perubatan, Norsyuriani Abdul Malek,” jelas TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.