Home Pertahanan dan Keselamatan Cawangan latihan Sniper dan Tinjau Infantri perkasa kepakaran anggota tentera

Cawangan latihan Sniper dan Tinjau Infantri perkasa kepakaran anggota tentera

by Air Times News Network

ULU TIRAM, 3 Dis – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin telah merasmikan pembukaan Cawangan Sniper dan Tinjau Infantri (CST Infantri) sempena lawatan kerja beliau ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), hari ini.

Objektif cawangan ini ditubuhkan adalah bagi memastikan pasukan infantri lebih berdaya saing dan efektif selaras dengan keperluan peperangan semasa. Pada masa yang sama, cawangan ini akan melatih anggota infantri untuk menjadi jurulatih kursus sniper yang bakal diwujudkan di PULADA.

Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin merasmikan pembukaan Cawangan Sniper dan Tinjau Infantri (CST Infantri) di PULADA

Inisiatif penubuhan cawangan ini diasaskan oleh Zulkifli pada tahun 2013, semasa beliau menyandang jawatan Panglima Tentera Darat.

Semenjak penubuhannya pada April 2013 CST Infantri telah menjalankan 4 jenis kursus iaitu Kursus Sniper Infantri sebanyak 24 siri, Kursus Jurulatih Sniper Infantri sebanyak 6 siri, Kursus Tinjau Infantri sebanyak 13 siri kursus dan Kursus Jurulatih Tinjau Infantri sebanyak 5 siri.

Keanggotaan cawangan ini terdiri daripada tiga pegawai diketuai oleh Mejar Mohamad Zamzuri Zakaria,  dan 19 orang anggota lain-lain pangkat (LLP) dimana 12 orang daripadanya merupakan jurulatih yang mempunyai kepakaran Sniper dan Tinjau.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya Abdullah; Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Mohammad Ab Rahman; Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat dan Komandan Pusat Latihan, Kolonel Isa Daud.

Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin bersama anggota Cawangan Sniper dan Tinjau Infantri (CST Infantri) PULADA.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!