Home Pertahanan dan Keselamatan 148 persatuan bergabung perjuangkan hak veteran tentera

148 persatuan bergabung perjuangkan hak veteran tentera

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Dis –   Jawatankuasa Gabungan Persatuan Veteran telah ditubuhkan bagi menuntut hak dan keadilan para veteran tentera dalam satu majlis di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, hari ini.

Menurut Koordinator Suara Veteran, Leftenan Kolonel (B) Abdul Jalil Ithnin TUDM, matlamat penubuhan jawatankuasa ini merupakan kesinambungan daripada tindakan awalan Suara Veteran yang identitinya berasal daripada persatuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Sekarang kita mempunyai 148 persatuan. Jadi kita nak gabungkan semua menjadi satu dan tubuhkan gabungan veteran,

“Kita kena bersatu dalam satu suara untuk mewakili 304 ribu veteran,” tambah Abdul Jalil yang turut menyatakan sokongan ahli keluarga veteran akan memberikan impak positif terhadap usaha tersebut.

Veteran-veteran ATM yang hadir pada Majlis Penubuhan Jawatankuasa Gabungan Persatuan Veteran

Sementara itu, Mejar (B) Mior Rosli TUDM berkata gabungan ini adalah untuk memastikan suara dan pendapat veteran didengari oleh pihak berwajib.

“Daripada 148 persatuan, jika semua bergabung memberi suara masing-masing, saya rasa kerajaan tidak akan dengar. Ini yang menjadi masalah kita,

“Banyak peraturan dan undang-undang yang tidak mendapat perhatian kerajaan telah kami kumpulkan. Dan sebab itu juga kami mendapati ramai veteran menyatakan hak mereka di merata tempat. Bukan hal kebajikan sahaja menjadi keutamaan tapi pelbagai hal berkepentingan lagi,” tambah Mior.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!