Home Pertahanan dan Keselamatan Lebih 10,000 veteran ATM disasar terima manfaat Tabung Pahlawan 2019

Lebih 10,000 veteran ATM disasar terima manfaat Tabung Pahlawan 2019

by Bernama

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Lebih 10,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disasarkan menerima manfaat hasil kutipan dana sempena Kempen Tabung Pahlawan 2019.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Mej Jen Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata kutipan dana yang diperolehi menerusi pelbagai program di bawah anjuran Kementerian Pertahanan itu akan disalurkan bagi kebajikan veteran dan ahli keluarga secara menyeluruh.

“Kami menjangkakan peningkatan jumlah dana untuk disalurkan kepada penerima berbanding tahun lepas.

“Kempen Tabung Pahlawan 2019 ini sepatutnya berakhir pada Disember namun kami baharu sahaja minta untuk ia dipanjangkan sehingga bulan Februari tahun hadapan sebagai satu tanda penghargaan terhadap semua jasa yang mereka taburkan kepada negara semasa mereka berkhidmat dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelepasan Kembara Motosikal Berkuasa Tinggi sempena Kempen Tabung Pahlawan 2019 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan menyasarkan kutipan lebih RM6 juta bagi dana tabung itu sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan dalam membantu veteran ATM serta tanggungan masa depan.

Seramai 30 orang penunggang terlibat dalam menjayakan program kembara yang dilepaskan lagi tadi selain turut akan diadakan kutipan dana jalanan sepanjang penjelajahan motosikal itu.

Kembara itu akan menjelajah ke semua negeri di Semenanjung Malaysia bermula hari ini. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!