Home Semasa Bintang lima bucu di logo bukan Jalur Gemilang – Penganjur acara Taekwondo

Bintang lima bucu di logo bukan Jalur Gemilang – Penganjur acara Taekwondo

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Nov – “Apa yang dipaparkan bukan bendera dan pastinya bukan Bendera Malaysia,” kata Penganjur Kejohanan Taekwando CK Classic International.

CK Classis International dalam satu kenyataannya hari ini berkata, logo/gambar yang dipaparkan itu bukan sebuah bendera Malaysia seperti yang diperkatakan tetapi ia adalah logo rasmi yang telah lama digunakan dan ia bukan satu kesilapan.

“Ia hanyalah logo yang dicipta sebagai simbol mewakili Malaysia dan Selangor sebagai tuan rumah untuk kejohanan tersebut.

“Ia bukanlah kesilapan kerana kami telah menggunakan logo ini sudah sekian lama dan pertandingan ini akan memasuki edisi ke-14 pada 2020,” katanya.

Berikutan kontroversi yang tercetus, pihak CK Classic International akur dan akan mengubah logonya bagi melambangkan Jalur Gemilang.

“Susulan kontroversi ini, kami akan mengubah bintang (pada logo) untuk memuaskan hati orang ramai. Perlu diingatkan kami adalah anak Malaysia dan ingin kekal bersatu dengan negara tercinta dalam melakukan perkara yang betul,” katanya lagi.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar yang mendakwa pihak penganjur kejohanan menggunakan Jalur Gemilang berbintang bucu lima sebagai logo CK Classic International Open Taekwando Championship Malaysia 2019.

Related Articles

Leave a Reply