KUALA LUMPUR, 26 Nov – Abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng telah dibawa kembali ke Malaysia pada 16 September lalu.
Menurut laporan media tempatan, sebahagian abu Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia dari Thailand pada dua bulan lalu ditaburkan di kawasan laut berhampiran Lumut dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu dan jirat.
Menurut Chan Kan Fook, penyelaras kumpulan pengurusan abu mayat yang dipetik oleh media tempatan, abu tersebut telah diuruskan sebaik sahaja tiba di Ipoh.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 16 September 2013.