Home Pertahanan dan Keselamatan Pesta PERISIK janji kelainan sempena 50 tahun Kor Risik Diraja

Pesta PERISIK janji kelainan sempena 50 tahun Kor Risik Diraja

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Pesta Kor Risik  Diraja (PERISIK) anjuran Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dengan kerjasama Kor Risik Diraja (KRD) akan diadakan selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Disember 2019 di Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Jurucakap penganjur, Mejar Fauziah Nor Osman berkata objektif utama pesta ini adalah untuk mempromosikan KRD bersempena dengan 50 tahun penubuhannya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Penganjuran ini juga adalah penting untuk memberi kesedaran kepada masyarakat (Public Awareness) berkenaan ancaman masa kini yang berbentuk Cyber dan juga Terrorist berbanding zaman dahulu yang berhadapan dengan ancaman komunis,

“Isu keselamatan ini bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada badan keselamatan sahaja, tetapi ia juga adalah tanggungjawab masyarakat secara bersama,” tambah Fauziah.

PERISIK yang dijangka akan dihadiri seramai 50,000 orang pengunjung adalah sebagai satu platform kepada  masyarakat untuk lebih mengetahui fungsi dan peranan agensi perisikan ATM disamping mengajak masyarakat umum untuk berganding bahu dalam menjaga keselamatan negara.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah Fun Run, pertandingan PUBG Mobile, penalti shoot, soccer shoot dan juga netball shoot. Pertunjukan motosikal dari kumpulan Acoi Pangkolo turut melibatkan artis-artis dalam bidang berkenaan.

Bersempena dengan pesta ini, konsert selama 3 hari akan diadakan di MAEPS Serdang. Konsert ini akan melibatkan ramai artis terkenal tanahair seperti penyanyi Lefthanded, Datuk Hattan, Datuk Nash, MAY, XPDC, Haiza dan ramai lagi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!