KUALA LUMPUR, 12 Nov- Penduduk di negeri Pahang dinasihatkan agar tidak cemas dan risau jika melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah dan juga bunyi letupan yang kedengaran di sekitar Pangkalan Udara Kuantan.
Pihak TUDM dalam satu kenyataan berkata, beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter akan terbang di ruang udara bagi melaksanakan sesi latihan pertunjukkan udara sempena Hari Terbuka TUDM.
“Sesi latihan tersebut akan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 15 November 2019 (Jumaat).
“Orang ramai dari segenap lapisan masyarakat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bakal diadakan pada pada Sabtu ini seawal jam 8 pagi di Pangkalan Udara Kuantan,” jelas kenyataan itu lagi.