Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais Pahlawan penting, teruskan kesinambungan Pelan Pembangunan Keupayaan Dimensi Keempat ATM

Eksesais Pahlawan penting, teruskan kesinambungan Pelan Pembangunan Keupayaan Dimensi Keempat ATM

by Air Times News Network

TELUK INTAN, 8 Nov – Pelaksanaan Eksesais Pahlawan Siri 16/19 adalah sangat penting bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan kesinambungan Pelan Pembangunan Keupayaan Dimensi Keempat ATM (4D MAF) diteruskan, demi mengekalkan keunggulan ATM.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata pelaksanaan eksesais ini telah menggambarkan kesepaduan, komitmen dan kerjasama ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga kedaulatan negara.

Tahun Ketumbukan Bersama

Pelaksanaan eksesais ini juga sejajar dengan hasrat ATM untuk tahun 2019 sebagai Tahun Ketumbukan Bersama (The Year of Joint).

Pelaksanaan eksesais ini juga sejajar dengan hasrat ATM untuk tahun 2019 sebagai Tahun Ketumbukan Bersama (The Year of Joint) – Foto AirTimes

Menurut Zulkifli, pada awal tahun beliau telah menggariskan hala tuju yang bertunjangkan elemen kesatuan untuk dilaksankan demi mewujudkan sebuah Angkatan yang lebih kredibel dan profesional.

“Kita telah pun berjaya memperkukuhkan lagi kesatuan dengan pelaksanaan Ekesesais Pahlawan ini. Sesungguhnya, keberadaan kita selama 10 hari di Perak menzahirkan realiti kekuatan yang jitu ATM sebagai benteng pertahanan negara, katanya semasa ucapan penutup Eksesais Pahlawan di Kampung Parit Baharu, Teluk Intan, semalam.

Pemerintahan Wilayah – Regional Command

Panglima Angkatan Tentera juga berkata buat julung kalinya pada eksesais kali ini dilaksanakan dengan melibatkan pemerintahan wilayah atau Joint Regional Commands.

“Pewujudan pemerintahan wilayah atau regional commands di seluruh negara dalam pelaksanaan operasi dan pengoperasian akan lebih efektif serta efisien,

“Bertepatan dengan itu juga serta faktor kedudukan geografi negara, ATM perlu beroperasi secara bebas dan serentak pada sebilang masa,” kata Zulkifli.

Beliau berkata penglibatan Joint Regional Command North (JRCN) yang diterajui oleh Markas Pemerintahan Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi pemangkin untuk ATM menilai keupayaannya dari segenap segi dan yang lebih utamanya adalah kesatuan Angkatan ini secara keseluruhan.

Angkatan Masa Hadapan

Buat pertama kalinya eksesais ini juga menggunakan sistem simulasi dari ketiga-tiga perkhidmatan serta Joint Theatre Level Simulation (JTLS) dalam satu rangkaian menggunakan kepakaran anggota sepenuhnya tanpa melibatkan pihak syarikat dari segi konfigurasi dan juga networking.

“Eksesais ini juga turut menilai kesiagaan dan menguji tahap keberkesanan system P4 iaitu Pemerintahan, Pengawalan, Perhubungan dan Pengkomputeran dalam ATM,

Panglima Angkatan Tentera berkata pelaksanaan eksesais ini telah menggambarkan kesepaduan, komitmen dan kerjasama ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dalam menjaga kedaulatan negara – Foto AirTimes

“Keupayaannya akan terus diperkukuhkan serta dipertingkatkan sebagai fungsi perintah dan kawalan (command and control) semasa krisis,” ujarnya.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Panglima Angkatan Bersama selaku Pengarah Ekesais Pahlawan siri 16/2019, Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki.

Eksesais Pahlawan kali ini telah menyaksikan pembaharuan berbanding siri latihan sebelum ini, dimana hampir kesemua elemen dan aset pertahanan negara diaturgerak serta diuji.

Eksesais yang dilaksanakan setiap empat tahun sekali ini juga bertujuan untuk menilai keupayaan dan kecekapan ATM.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!