Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Abdul Rahman Ayob Timbalan Panglima TLDM yang baharu

Abdul Rahman Ayob Timbalan Panglima TLDM yang baharu

by Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Abdul Rahman menggantikan Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar Yahya yang kini sedang bercuti sebelum bersara wajib pada 8 April tahun depan.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas antara Abdul Rahman dan Khairul Anuar disaksikan sendiri oleh Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Sementara itu, Mohd Reza dalam ucapannya menzahirkan rasa yakin kepimpinan baharu ini mampu membawa nama TLDM ke persada antarabangsa.

Abdul Rahman, 54, pernah memegang jawatan penting dalam perkhidmatannya selama 37 tahun, antaranya Pegawai Memerintah Merangkap Pegawai Kapal Diraja (KD) Perak, Pegawai Kanan Armada, Panglima Angkatan Kapal Selam, Panglima Wilayah Laut 2 dan sebagai Panglima Armada Timur pada 25 Jun tahun lepas.

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor yang menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Larkin dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Utara, Johor Bahru itu ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM pada tahun 1984.

Sepanjang berkhidmat, Abdul Rahman yang merupakan lulusan Master in Defence Studies and Strategic dari University of Melbourne, Australia mempunyai kepakaran dalam bidang kapal selam.

Pada majlis itu juga, turut diadakan adalah upacara pemakaian pangkat Pegawai Kanan TLDM dan pegawai daripada Pasukan Simpanan Sukarelawan (PSSTLDM).- Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!