Home Pertahanan dan Keselamatan Kegagalan kontraktor punca enam kapal TLDM lewat diterima –  Menteri

Kegagalan kontraktor punca enam kapal TLDM lewat diterima –  Menteri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan kegagalan pihak kontraktor menyiapkan reka bentuk terperinci mengikut tempoh dan memuktamadkan perolehan peralatan di bawah tanggungjawab mereka adalah menjadi punca kelewatan penerimaan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Mohamad berkata selain itu, keadaan kualiti kerja yang tidak memuaskan, tidak mengikut spesifikasi sehingga menyebabkan berlakunya kerja berulang dan kerja-kerja tertangguh yang tinggi juga antara penyebab aset TLDM yang sepatutnya diterima pada 2 April 2019 tidak diterima sehingga kini.

“Kadar kemajuan kerja yang perlahan, kedudukan kewangan kontraktor yang tenat dan bebanan hutang semasa yang tinggi serta kelewatan memuktamadkan Arahan Perubahan Kerja (Variation Order) turut menjadi punca kelewatan tersebut,

“Kami akan berusaha untuk memastikan ia dapat siap mengikut jadual yang telah diberi pihak kontraktor. Sepatutnya kapal yang pertama dijangka siap pada April tahun ini, tetapi dimaklumkan ia hanya akan siap pada Februari 2022,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, di Dewan Rakyat, semalam.

“Hal itu juga akan menyebabkan berlaku kelewatan penerimaan terhadap lima kapal yang lain, Ujarnya.

“Kementerian Pertahanan akan membuat perbincagan dengan kontraktor bagi mencari jalan penyelesaian agar kerja-kerja pembinaan dapat dipercepatkan. Selain itu beberapa inisiatif turtut dibincangkan sebagai langkah menyelamatkan projek nasional ini,

“Kementerian akan melihat perkara ini secara menyeluruh dan bukan tertumpu kepada kontraktor utama sahaja salahan turut memikirkan nasib dan kebajikan sub-kontraktor tempatan yang terlibat secara langsung dalam projek ini, jelas Menteri Pertahanan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!