1.3K
KUDAT, 29 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat berjaya menahan dua bot nelayan tempatan bersama tekong dan awak-awak warganegara Vietnam kerana melanggar syarat lesen untuk mengaut hasil laut.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata pihaknya turut merampas beberapa peralatan penunda Balat ketika menahan bot tersebut.
“Kedua-dua bot yang ditahan bersama tekong dan awak-awak warganegara Vietnam seramai 12 orang, lima daripadanya tiada dokumen pengenalan diri yang sah,
“Kesemua yang ditahan dibawa ke Jeti Sabah Port Kudat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.