Home Pertahanan dan Keselamatan Askar serba boleh untuk pertahanan masa hadapan – Menteri Pertahanan

Askar serba boleh untuk pertahanan masa hadapan – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Kertas Putih Pertahanan (KPP) akan merangkumi peralatan-peralatan dan kemahiran pelbagai untuk tentera bagi menghadapi ancaman baharu di masa hadapan.

“Walaupun bilangan keanggotaan tentera kita tidak ramai, setiap seorang anggota tentera kita akan dalam berbentuk ‘smart army’ atau tentera berkebolehan pelbagai,

“Kita melihat Australia yang mempunyai bilangan anggota tentera yang tidak ramai tetapi mempunyai belanjawan pertahanan yang tinggi serta kelengkapan yang moden serta terkini,” kata Menteri Pertahanan dalam sidang media selepas menghadiri Dialog Perwira 4 di Hotel Park Royal, hari ini.

Menurut beliau, konsep ‘smart army’ adalah selari dengan perkembangan masa hadapan  yang menuntut penggunaan aset pertahanan yang pelbagai selain menggunakan senjata konvensional.

“Pertahanan yang akan datang merupakan pertahanan moden yang memerlukan ‘smart army’ yang mempunyai kebolehan pelbagai,

“Konsep ini menerapkan di mana anggota tentera kita mampu untuk mengendalikan pertahanan siber selain daripada berkemampuan dalam menggunakan senjata konvensional,

“Perkara-perkara sebegini akan ditekankan dalam KPP,” ujar Mohamad.

Beliau menambah, penggunaan peralatan moden dan baharu seperti dron akan diberikan fokus dalam KPP tetapi tidak akan menolak tepi penggunaan senjata konvensional.

“Kos-kos perolehan sebegini akan dipohon untuk Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan RMK 13,” kata Mohamad.

Terdahulu, Menteri Pertahanan hadir ke Dialog Perwira 4 yang diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dari veteran dan wakil masyarakat untuk diterapkan dalam draf akhir KPP.

Mohamad menyatakan, sebarang input yang bersesuaian akan dimasukkan ke dalam draf akhir KPP sebelum dibentangkan di Parlimen pada awal Disember nanti.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!