Home Pertahanan dan Keselamatan 30,488 maklum balas diterima dalam soal selidik Kertas Putih Pertahanan

30,488 maklum balas diterima dalam soal selidik Kertas Putih Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ketua Pengarah Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS), Noor Hisham Rosle, menyatakan pihaknya telah menerima sebanyak 30,488 maklumbalas mengenai Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan pembukaan Dialog Perwira 4 di Hotel Park Royal, hari ini.

Hisham menambah, maklumbalas tersebut didapati melalui soal selidik yang telah dilakukan.

“Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk penuntut universiti, penjawat awam dan swasta telah menyumbangkan buah fikiran yang bernas dalam usaha menghasilkan KPP,

“Selain itu, seramai 32 responden yang bukan warganegara Malaysia turut menyumbangkan idea dan pendapat,” ujar beliau.

Menurut beliau, Dialog Perwira 4 merupakan kesinambungan kepada 3 siri dialog sebelum ini. Siri Dialog Perwira diadakan buat pertama kalinya semenjak 22 Januari 2019.

“Adalah diharapkan sesi dialog pada hari ini akan berupaya menjadi platform bagi ahli akademik dan penggubal polisi untuk memaparkan bagaimana KPP membawa suara rakyat Malaysia dalam aspek keselamatan dan pertahanan negara,” katanya.

KPP akan dibentang di Dewan Rakyat pada awal Disember 2019.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!