Home Semasa Kompleks PBOU Lahad Datu siap akhir tahun ini

Kompleks PBOU Lahad Datu siap akhir tahun ini

by Bernama

LAHAD DATU, 22 Okt – Kompleks Pusat Bantu Operasi Udara (PBOU) yang dibina di tanah berkeluasan hampir 0.8 hektar di Lapangan Terbang Lahad Datu dengan belanja kira-kira RM15 juta, dijangka siap akhir tahun ini.

Apabila siap nanti PBOU itu akan membantu operasi udara Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam membanteras anasir luar termasuk jenayah rentas sempadan yang kerap memberikan ancaman keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah.

Kewujudan PBOU itu akan memperkuatkan kesiapsiagaan sistem pertahanan udara ESSCOM dengan penempatan pesawat helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis EC 725 yang berkeupayaan melakukan tugas-tugas operasi terutama pada waktu malam.

Perkara itu dikongsikan Panglima Operasi Udara, TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Abdul Mutalib Abdul Wahab pada kunjungan hormat terhadap Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, di Pejabat ESSCOM, di sini, hari ini – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!