Home Pertahanan dan Keselamatan Forum Xiang Shan ke-9 eratkan hubungan pertahanan Malaysia dengan kuasa Asia Timur

Forum Xiang Shan ke-9 eratkan hubungan pertahanan Malaysia dengan kuasa Asia Timur

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Liew Chin Tong mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Xiang Shan ke-9 yang diadakan di Beijing, semalam.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, Forum Xiang Shan ke-9 merupakan forum peringkat tinggi yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Ketenteraan China (Chinese Association of Military Science) yang dihadiri menteri-menteri pertahanan serta pegawai kanan ketenteraan dari seluruh dunia.

Dalam lawatan ini, Liew telah berucap dalam sidang pleno dengan tajuk Pengurusan Risiko Keselamatan di Asia-Pasifik (Security Risk Management in Asia Pacific),

“Dalam ucapannya, Liew menegaskan bahawa negara-negara Asia tidak boleh terjerat dalam pertembungan kuasa besar binari, tetapi bergerak maju bersama-sama dengan satu identiti sepunya Asia dan menuntut suara negara masing-masing, tidak kira besar atau kecil,” jelas kenyataan tersebut.

Liew turut  gesa negara-negara Asia untuk memberi lebih ruang kerjasama dan mengiktiraf peranan yang dapat dimainkan oleh semua kuasa Asia, tanpa mengira saiz.

Dalam perkembangan lain, Liew turut mengadakan perjumpaan dua hala bersama Timbalan Menteri Pertahanan Republik Korea, Park Jae-Min dan Timbalan Ketua Jabatan Staf Bersama Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China (Deputy Chief of the Joint Staff Department of The People’s Republic of China’s Central Military Commission), Lt Jen Shao Yuanming di akhir forum.

Perjumpaan dua hala tersebut turut memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dengan Republik Korea dan Republik Rakyat China, serta membangkitkan beberapa cadangan positif untuk melanjutkan kerjasama pertahanan.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!