Home Pertahanan dan Keselamatan Kutipan RM 9.01 juta tertinggi dalam sejarah Tabung Pahlawan – Ketua Pengarah JHEV ATM

Kutipan RM 9.01 juta tertinggi dalam sejarah Tabung Pahlawan – Ketua Pengarah JHEV ATM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berpuas hati dengan kutipan Tabung Pahlawan yang melepasi jumlah sasaran yang ditetapkan.

“Kita amat berpuas hati dan kutipan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah Kempen Tabung Pahlawan semenjak ianya diwujudkan,” kata Dzulkarnain kepada Air Times selepas Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan di Wisma Perwira, semalam.

Menurut beliau, kempen ini merupakan satu platform untuk menampung keperluan kebajikan para veteran dan keluarganya.

Selain daripada itu, kutipan tabung ini dapat mengurangkan beban kerajaan yang mempunyai peruntukan untuk menjaga seramai 304 ribu veteran.

“Kempen Tabung Pahlawan ini akan diteruskan sehingga akhir bulan Disember dan kita berharap untuk mendapatkan sedikit sambungan sehingga bulan Februari dengan sekurang-kurangnya menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM 10 juta,” tambahnya lagi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!