Home Semasa Kerajaan kaji dasar bela nasib pekerja ‘Ekonomi Gig’ – Tun Mahathir

Kerajaan kaji dasar bela nasib pekerja ‘Ekonomi Gig’ – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Kerajaan sedang mengambil beberapa langkah inisiatif untuk melindungi hak-hak dan nasib pekerja dalam bidang ‘Ekonomi Gig’ yang kini menjadi sumber pertumbuhan ekonomi baru.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mendapati ekonomi gig ini turut mampu memberi peluang kepada rakyat untuk meningkatkan sumber pendapatan serta taraf hidup mereka.

Sehubungan itu, Tun Mahathir berkata satu jawatankuasa khas yang dianggotai pihak daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian  Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan bagi menangani permasalahan tersebut.

“Jawatankuasa ini akan merangka penyelesaian jangka panjang terhadap isu-isu berkaitan gig ekonomi di negara ini,

“Kementerian Sumber Manusia pula akan menjalankan kajian terperinci berhubung takrifan perundangan dalam ekonomi gig selaras perubahan kepada Industri 4.0,” ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menurut beliau, kerajaan juga akan mengawal selia semua badan kerajaan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai langkah memenuhi trend masa hadapan dalam menggalakkan aktiviti berkaitan teknologi baharu.

“Ekonomi gig adalah sistem pasaran terbuka yang mana pekerja bebas mengikat kontrak untuk melaksanakan sesuatu projek dalam jangka masa tertentu dan kebiasaannya dilaksanakan secara bebas,

“Inilah cara baharu mereka bekerja dan kita dapati ramai yang mendapat manfaat daripada ekonomi gig,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan aktiviti ekonomi gig merupakan satu trend baharu yang memberikan pekerjaan yang fleksibel. Namun begitu, ekonomi gig mempunyai kekurangan tersendiri iaitu hubungan pekerja dan majikan yang kurang jelas.

“Inilah cara baharu mereka bekerja dan kita dapati ramai yang mendapat manfaat daripada ekonomi gig.

“Oleh sebab itu kerajaan perlu kekalkan sistem ini tetapi kita mahu supaya diadakan peraturan yang melindungi hak pekerja,” katanya.

Dr Mahathir menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) sama ada kerajaan akan mengawal selia ekonomi gig demi membela nasib dan kebajikan pekerja.

Beliau menjelaskan kerajaan kini memberi tumpuan kepada gig ekonomi sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru, mampan dan inklusif dalam merangka Rancangan Malaysia 12 (RMK-12).

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!