Home Semasa Tak patut raikan orang (Utusan Malaysia) hilang kerja – Naib Ketua Pemuda UMNO

Tak patut raikan orang (Utusan Malaysia) hilang kerja – Naib Ketua Pemuda UMNO

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 17 Okt – Naib Ketua Pemuda UMNO membidas pendapat yang menyatakan akhbar Utusan Malaysia (M) Berhad diberhentikan pengoperasiannya disebabkan campur tangan dari kerajaan terdahulu.

Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau kecewa dengan sikap segelintir pihak dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah meraikan penutupan Utusan pada minggu lalu.

“Jangan sesekali meraikan penutupan satu institusi yang menjadi suara melayu sejak bertahun lamanya. Jika dibandingkan dengan (sebuah) portal atas talian, ianya lagi teruk dalam menyiarkan maklumat kepada rakyat,

“Kalau inilah tujuan forum untuk mengatakan bahawa penutupan Utusan adalah disebabkan alat propaganda kerajaan terdahulu, saya rasa kita tidak bersikap jujur. Ini kerana setiap orang ada agendanya yang tersendiri,” katanya pada sesi Forum Kelangsungan Media Cetak: Mengapa Dilayar Jika Boleh Diterbit, di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Penasihat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar serta Profesor Abdul Hamid Mohamed sebagai moderator.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian bersama para panel di Forum Kelangsungan Media Cetak: Mengapa Dilayar Jika Boleh Diterbit” di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam. Foto: Air Times

Khalid Jaafar menyatakan penutupan syarikat Utusan Melayu disebabkan menjadi alat propaganda kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN).

Membidas kenyataan itu, Shahril menegaskan sebelum kita bercakap tentang teori dan falsafah, kita kena cakap mengenai industri kewartawanan dan individu yang sekarang sumber rezeki mereka sudah dalam satu keadaan yang tidak menentu.

“Walaupun saya bukan wartawan, tapi saya rasa terpanggil sebab ramai secara sekelip mata yang hilang mata pencarian, dan ada orang yang meraikannya. Saya rasa itu tidak patut,

“Bagi saya, ada positifnya hari ini sebab kita membincangkan hala tuju masa depan media dalam keadaan yang tidak menentu,

“Mana-mana akhbar yang ditutup itu nombor dua, yang penting adalah realiti bahawa dunia percetakan pada masa kini dalam keadaan tidak stabil” tambahnya lagi.

Shahril turut menegaskan bahawa mana-mana institusi media perlu cepat bertindak dan memikirkan kretiviti yang tertentu untuk terus lestari dan hidup dalam dunia yang penuh mencabar.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!