Home Pertahanan dan Keselamatan Pembentangan Kertas Putih Pertahanan di Parlimen pada 2 Disember

Pembentangan Kertas Putih Pertahanan di Parlimen pada 2 Disember

by Air Times News Network

KUALAN LUMPUR, 14 Okt – Kementerian Pertahanan akan membentangkan Kertas Putih Pertahanan (KPP) negara pada persidangan Parlimen 2 Disember 2019 ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata Draf Kertas Putih Pertahanan telah dibentangkan dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari ini.

“Draf Kertas Putih Pertahanan telah diluluskan ahli majlis pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Menteri Pertahanan dalam ucapan Majlis Perhimpunan Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, hari ini.

KPP yang bakal dibentangkan tahun ini akan menggariskan prinsip dan menerangkan polisi berkaitan pertahanan dan keselamatan negara.

Dokumen ini disediakan melalui pendekatan ‘whole of government’ dan ‘whole of society’ bagi mendapatkan maklumat dan maklum balas secara komprehensif di semua peringkat daripada kepimpinan negara sehinggalah rakyat.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!