Home SemasaGlobal Kerana pulut, santan binasa: Pegawai tentera hilang jawatan kerana sikap isteri

Kerana pulut, santan binasa: Pegawai tentera hilang jawatan kerana sikap isteri

by M.Daim

JAKARTA, 14 Okt – Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu hari ini mempertahankan hukuman yang dikenakan terhadap beberapa anggota Tentara Nasional Indonesia (TNI) kerana tindakan isteri mereka mengeluarkan komen berbaur negatif di media sosial.

“Isteri perlu dinasihati dengan pelbagai cara,” jelas Ryamizard yang turut menegaskan anggota-anggota TNI terlibat gagal berbuat demikian.

Terdahulu, 2 anggota Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) telah digantung tugas berikutan kenyataan berbaur negatif di media sosial oleh isteri mereka berkaitan dengan insiden Menteri Keselamatan Indonesia, Wiranto cedera ditikam oleh pengganas di Jawa barat.

Pada masa yang sama, Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) turut menggantung tugas seorang anggota mereka atas sebab yang sama.

Menurut Ketua Staf Angkatan Darat (KSAD), Jeneral Andika Perkasa, komen yang dilontar oleh isteri anggota tentera yang terlibat telah melanggar undang-undang disiplin TNI; Undang-Undang Nomor 25 Tahun 2014 Hukum Disiplin Militer.

Tindakan tersebut telah menyebabkan seorang anggota TNI-AD berpangkat Kolonel dilucutkan jawatan komandan yang baru dipegang selama 55 hari.

Ryamizard merupakan bekas KSAD turut menegaskan tindakan yang diambil adalah adil.

“Setiap perkara ada peraturannya,” tegas Ryamizard seperti yang dilaporkan oleh CNN Indonesia.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!