Home Semasa Foodpanda: NGO gesa Tun M lucutkan jawatan Syed Saddiq

Foodpanda: NGO gesa Tun M lucutkan jawatan Syed Saddiq

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Sekretariat Gabungan Anak Muda Malaysia mengesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir untuk melucutkan jawatan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekiranya beliau gagal menyelesaikan isu berkaitan Foodpanda dengan segera.

Pengerusinya, Muhammad Faizal Sufar berkata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad adalah calon yang sewajarnya untuk menggantikan Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan.

“Sekiranya isu ini tidak boleh diselesaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Nik Nazmi adalah orang yang paling layak untuk menggantikan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan,

“Bukan hanya isu Foodpanda, sebelum ini banyak janji ditabur oleh Syed Saddiq namun tidak nampak ia dilaksanakan,”jelas Faizal.

Menurut Presiden Anak Muda Malaysia, Fairuz Jamaludin berkata kerajaan perlu mewujudkan akta bagi membela hak-hak sebagai penghantar makanan Foodpanda yang membantu menjana gig ekonomi negara masa kini.

Fairuz menyarankan agar kerajaan memandang serius dan membincangkan isu berkaitan Foodpanda ini di kabinet.

“Walaupun konsep ekonomi gig di Malaysia masih baru tetapi ia sudah berkembang pesat seperti Foodpanda yang diperkatakan mempunyai 13,000 rider di Malaysia,

“Jadi kami cadangkan supaya kerajaan menganggap perkara ini serius dan dibawa ke kabinet bukan seperti kenyataan yang dikeluarkan Syed Saddiq serta penafian oleh Tun Dr Mahathir,” kata Fairuz ketika sidang media berkaitan isu Foodpanda di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Fairuz turut menyeru kerajaan agar mengambil tindakan yang drastik supaya perkara ini tidak terjadi lagi. Hak-hak sebagai seorang penghantar makanan Foodpanda dan yang terlibat dalam gig ekonomi perlu dijaga supaya ekonomi yang baru ini dapat diteruskan lagi di Malaysia.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam status Twitternya, menasihati Foodpanda Malaysia supaya tidak angkuh dan memberi bayangan agar ‘memboikot’ perkhidmatan penghantar makanan itu susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das membayangkan syarikat itu tiada masalah sekiranya pekerjanya mogok dengan skim pembayaran baru mereka.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!