Home Semasa #BoikotFoodpanda diteruskan netizen

#BoikotFoodpanda diteruskan netizen

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kenyataan Pengarah urusan perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das tentang mogok penunggang terhadap skim pembayaran baru mereka telah menjadi topik hangat di media sosial terutamanya Twitter.

Ketika sidang media di Hotel VE Bangsar, Kuala Lumpur, Sayantan menyatakan bahawa syarikat mereka tidak berdepan masalah jika penunggang mahu melakukan mogok.

Hal ini telah membuatkan ramai netizen cuba untuk memboikot syarikat berkenaan memandangkan kenyataan pengarah urusan Foodpanda itu disifatkan sebagai angkuh.

#boycottfoodpanda telah menjadi sohor kini di laman sosial tersebut dan ramai netizen menggalakkan untuk memadam aplikasi Foodpanda dari telefon bimbit mereka memandangkan banyak lagi syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan.

“Boikot Foodpanda. Ada banyak lagi alternatif lain. Kita ada Grabfood, Dahmakan, Honestbee, Delivereat dan banyak lagi,” kata seorang netizen melalui akaun Twitternya @amrashrv_ .

Perkara ini turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang memuatnaik status di laman Twitter nya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut memuatnaik status berkaitan isu Foodpanda di laman Twitternya

“Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna,” katanya

Sebagai bantahan mengenai skim baharu itu, penghantar makanan Foodpanda telah berpakat untuk melakukan mogok bermula 1 hingga 3 Oktober yang lalu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!