Home Pertahanan dan Keselamatan Tekad sertai misi walaupun terpaksa tinggalkan anak

Tekad sertai misi walaupun terpaksa tinggalkan anak

by Air Times News Network

SUBANG, 1 Okt – Suasana di Perkarangan Balai Pergerakan Udara di Pangkalan Udara Subang hari ini menjadi pilu disulami dengan jeritan anak kecil memanggil ayah! ayah! .. Sambil mengalirkan air mata, anak-anak kecil ini mendepakan tangan mengharapkan dakapan terakhir daripada bapa atau ibu mereka.

Koperal Nurazlina Mohd Riduan meluahkan rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan anak dan suami.

“Walaupun terpaksa pergi meninggalkan anak, saya tetap tekad menyertai misi ini untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu,

“Sejak mula berkhidmat, ini merupakan penugasan pertama dan saya rasa amat berbangga,” kata ibu kepada dua cahaya mata berusia 5 tahun dan 1 tahun.

Nurazlina merupakan salah seorang daripada 215 anggota kumpulan pertama pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang berlepas ke Lubnan hari ini.

Kumpulan pertama ini terdiri daripada 50 pegawai dan 165 anggota lain- lain pangkat, termasuk 2 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis pemakaian beret PBB dan penyerahan bendera Malaysia telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

“Saya pergi tidak lama dan akan pulang ke Malaysia pada bulan April tahun hadapan,” jelasnya lagi.

Berbeza dengan anggota lelaki, tempoh penugasan anggota pengaman wanita adalah selama 6 bulan sahaja.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!