Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Insiden tertembak pegawai komando: Keluarga Mejar Mohd Zahir Armaya akan dipanggil

Insiden tertembak pegawai komando: Keluarga Mejar Mohd Zahir Armaya akan dipanggil

by Air Times News Network

LUMUT, 27 Sept – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata ahli keluarga pegawai komando, Mejar Mohd Zahir Armaya akan dipanggil oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menerangkan punca sebenar insiden tembakan semasa demontrasi keupayaan di Kem Lok Kawi pada 4 September lalu.

“Sebaik sahaja proses siasatan oleh Lembaga Siasatan Tentera Darat dimuktamadkan, ATM akan memanggil keluarga arwah (Mej Mohd Zahir) untuk menerangkan punca kejadian,

“Pihak ATM sentiasa berhubung dan lakukan lawatan hampir setiap hari kepada keluarga arwah,” katanya pada sidang media selepas Pembarisan Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-86 di Pangkalan TLDM hari ini.

Menyentuh inkues yang diminta oleh bapa kepada Mej Mohd Zahir, pelakon serta pelawak veteran AR Badul, Zulkifli berkata itu adalah hak peribadi beliau.

“Kita menunggu keputusan muktamad, dan itu adalah hak peribadi beliau kita kena hormati apa saja yang dikehendaki,” ujar Zulkifli.

Semalam, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan insiden kematian Mej Mohd Zahir sebagai satu kemalangan dalam latihan dan keputusan berkenaan dibuat oleh Lembaga Siasatan TDM yang mendapati insiden itu diklasifikasikan sebagai kejadian terpencil.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!