Home Semasa Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beroperasi Isnin

Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beroperasi Isnin

by Bernama

PUTRAJAYA, 22 Sept – Semua 296 sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditutup pada Khamis dan Jumaat minggu lepas (19 dan 20 Sept) akan beroperasi seperti biasa pada Isnin 23 Sept, kata Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Maznah Abu Bakar.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Batu Muda dan stesen Cheras pada 5 petang Ahad menunjukkan bacaan di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun.

“Sebarang perubahan dan makluman tertentu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah Maznah, pihak sekolah turut diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan di samping mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).- Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!