Home Pertahanan dan Keselamatan Jerebu: Tentera Darat sedia membantu operasi memadam kebakaran

Jerebu: Tentera Darat sedia membantu operasi memadam kebakaran

by Bernama

KUCHING, 20 Sept – Tentera Darat sedia membantu operasi memadam kebakaran tanah gambut dan belukar di Sri Aman sekiranya mendapat arahan khusus, kata Panglima Medan Timur Tentera Darat, Datuk Wira Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata, setakat ini Tentera Darat tidak menerima apa-apa arahan dan bersiap sedia mengerakkan anggotanya sekiranya mendapat Lampu Merah.

“Memang kita siap siaga membantu mana-mana agensi kerana ianya dalam tugas-tugas khusus untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat amnya.

“Bila berkaitan dengan bencana alam, ianya diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), majlis bencana alam inilah yang akan arah kepada angkatan negara melalui saluran tertentu dan kita menunggu arahan daripada ATM,” katanya pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pahlawan dan Penyampaian Sumbangan kepada Anggota Tentera Cedera di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Bridgedier Jeneral Mohd Isa Jaafar.

Seramai 120 pegawai veteran turut hadir sama pada majlis itu untuk penghormatan kepada veteran-veteran yang terkorban di samping memberikan pengiktirafan manakala 31 anggota yang cedera semasa menjalankan tugas menerima sumbangan khas – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!