Home Pertahanan dan Keselamatan Pesawat TUDM sentiasa bersedia 24 jam untuk laksana pembenihan awan – Panglima Tentera Udara

Pesawat TUDM sentiasa bersedia 24 jam untuk laksana pembenihan awan – Panglima Tentera Udara

by Air Times News Network

SUBANG, 19 Sep – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyatakan rakyat Malaysia tidak perlu bimbang akan tahap kesiagaan pesawat TUDM untuk melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA).

“Pesawat untuk OPA sentiasa bersedia 24 jam,” jelas Panglima Tentera Udara.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas meninjau persiapan OPA yang sedang dijalankan di Pangkalan Udara Subang, hari ini. Turut hadir, Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

“TUDM akan memastikan dua buah pesawat sentiasa bersedia pada satu-satu masa untuk melaksanakan OPA,” kata Affendi.

Pada ketika ini, OPA dilaksanakan dengan menggunakan pesawat C-130H Hercules.

Beliau menambah, operasi sebegini diharapkan dapat mengurangkan bebanan rakyat yang mendapat kesan daripada fenomena jerebu.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!