2K
SUBANG 19 Sept- Akta Jerebu Rentas Sempadan (Transboundary Haze Pollution Act) akan dipertimbangkan bagi menangani masalah jerebu yang sering berlaku di Malaysia mahupun di luar negara.
Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, akta tersebut bertujuan untuk memberi hukuman kepada syarikat- syarikat di Malaysia yang mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia mahupun di luar negara.
‘’Akta diperuntukkan bagi mengenakan tindakan undang- undang keatas syarikat serta pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja melakukan pembakaran secara terbuka,’’ katanya.
Selain itu, persidangan dengan negara anggota ASEAN juga akan dilakukan bagi memperoleh kerjasama jangka panjang dengan negara anggota yang lain.