Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM ‘gempur jerebu’, laksana pembenihan awan pada hari ini

TUDM ‘gempur jerebu’, laksana pembenihan awan pada hari ini

by Air Times News Network

SUBANG 16 Sept- Operasi Pembenihan Awan (OPA) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama dari pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di kawasan Semenanjung Malaysia bermula pada hari ini.

Operasi ini dijalankan dengan menggunakan sebuah pesawat pengangkut TUDM, C-130H. Pesawat yang dikendalikan oleh Mejar Norlela Harun bersama 8 orang pegawai dan anggota telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Persiapan OPA bermula dengan proses pembancuhan larutan garam dengan melibatkan sebanyak 200 kilogram garam dan 1,200 liter air seawal pukul 8.50 pagi tadi. Kesemua campuran tersebut diasingkan ke dalam 4 tangki berlainan sebelum dibawa masuk ke dalam pesawat.

OPA yang dilaksanakan pada hari ini tertumpu di kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Operasi pada hari ini melibatkan teknik pembenihan secara basah dengan melibatkan semburan air larutan garam pada awan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!