Home Semasa Video seks sejenis: Gesa campur tangan Agong – NGO

Video seks sejenis: Gesa campur tangan Agong – NGO

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Sekretariat Suara Rakyat (SSR) dan Pertubuhan Bangkit menggesa agar Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat tindakan sewajarnya terhadap video seks sejenis yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan kurangnya tindakan daripada pihak berkuasa.

Timbalan Pengerusi SSR, Mohamad Ali Mohamad mengharapkan dan memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong dapat memainkan peranan dalam menegakkan keadilan, supaya pelaku kesalahan jenayah ini diambil tindakan segera bagi sebuah negara yang mengamalkan raja berpelembagaan dan demokrasi.

“Kami yakin dan percaya bahawa suara rakyat adalah yang utama, yang ingin menentukan keadilan kepada semua rakyat di negara kita, sama ada orang bawahan atau atasan,

“Kerana undang-undang tidak mengenal siapa mereka, undang juga akan menegakkan bahawa negara kita mengamalkan keluhuran perlambagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

“Sekiranya seorang pelaku kesalahan itu bergelar menteri, beliau juga tidak boleh terlepas dari dikenakan tindakan undang-undang, katanya selepas menyerahkan memorandum dan laporan forensik video seks berkenaan yang diperolehi dari pakar United Kingdom (UK), di Istana Negara, hari ini.

Timbalan Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Mohamad Ali Mohamad ketika Sidang Media di Pintu Masuk Istana Negara, hari ini.

Mohamad Ali yang baru pulang dari Jakarta, berkata beliau malu kerana Malaysia menjadi bahan ketawa negara lain apabila tiada tindakan diambil terhadap pelaku hampir 3 bulan selepas klip video itu terbongkar.

“Kami juga telah mencetak hampir  100 ribu salinan laporan forensik itu dan sekiranya masih tiada tindakan dibuat, kami akan mengedarkannya kepada pengundi Parlimen Gombak,  yang mana Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak,” tambah Mohamad Ali lagi.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Bangkit, Shahrin Azlan mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas melakukan pendakwaan terhadap Azmin kerana polis sudah menghantar kertas siasatannya kepada Jabatan Peguam Negara.

“Namun Peguam Negara masih belum buka kertas siasatan,

“Setelah lima hari kami menunggu dari pihak Perdana Menteri, namun tiada tindakan yang dibuat,

“Sekali lagi kami mendesak agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk keluarkan Azmin dari barisan Kabinet, kata Shahrin.

Pada 12 Jun lalu, bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengakui dirinya seorang daripada 2 lelaki yang dirakam mengadakan hubungan seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan pada Mei lalu.

Haziq turut menamakan Azmin sebagai pasangannya dalam video itu, tetapi Azmin menafikannya dan menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!