Home Semasa Walau hanya persembahan, ia satu jasa kepada Negara

Walau hanya persembahan, ia satu jasa kepada Negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Walaupun tidak memegang senjata dan bertempur di medan perang, hanya sekadar membuat persembahan pada sambutan Kemerdekaan, mereka tetap mecurahkan bakti dan jasa kepada negara.

Nor Adzmi Baba, Ketua Penolong Pengarah Sektor Bakat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata persembahan pergerakan manusia dari pelajar-pelajar sempena Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 ini adalah salah satu jasa kepada negara dan ianya merupakan satu kebanggaan bagi mereka terutama dari warga pendidik di Malaysia.

Nor Adzmi Baba, Ketua Penolong Pengarah Sektor Bakat Jabatan Pendidikan WPKL. Foto: AirTimes

Acara persembahan pergerakan manusia dan persembahan padang yang bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih ini disertai oleh pelajar tingkatan satu, dua dan empat membabitkan sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

“Hampir 4,000 pelajar dari sekolah sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dikenal pasti dan terlibat dalam persembahan padang pada kali ini. Mereka mengendalikan lambang mengenai Malaysia bersih,

“Pelajar ini menunjukan pentomen perlambangan berlakunya satu keadaaan masyarakat yang telah diganggu gugat oleh amalan rasuah, pada ketika ini,

“Kami cuba tunjukkan kebangkitan semula Malaysia Baharu, Harimau Asia untuk memusnahkan amalan rasuah ini, inysallah kami akan tunjukan pada persembahan sambutan pada Sabtu ini,” kata Adzmi kepada pemberita selepas raptai penuh Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 di Putrajaya.

Adzmi berkata, untuk persembahan kali ini sebanyak 30 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor dipilih, terdiri dari  38 orang murid dan 2 orang guru pengiring bagi memulakan latihan.

“Kami mulakan latihan untuk juralatih iaitu latihan asas dimana selepas itu jurulatih yang terdiri dari guru-guru pengiring ini akan melatih murid-murid di sekolah selama seminggu. Dalam tempoh tersebut, mereka akan diberikan latihan asas dan seterusnya ke latihan pusat yang diadakan di latihan Kem Tentera Darat,

“Di sana kami berkumpul dan membuat penyatuan kombinasi, pergerakan persembahan selama 15 hari serta latihan akhir selama seminggu di Putrajaya yang berakhir semalam. Latihan kombinasi ini melibatkan guru-guru dan pelatih Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang membantu melaksanakan persembahan kali ini, kata Adzmi yang menyatakan penglibatan persembahan kali ini merupakan penglibatannya yang ke-28.

Nor Adzmi Baba bersama sebahagian pelajar yang menyertai persembahan pergerakan manusia di Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan 2019. Foto: AirTimes

“Setiap kali saya terlibat dalam acara ini, baik di Dataran Merdeka, Putrajaya atau dimana saja, ia merupakan satu kepuasan dalam tugasan saya sebagai warga pendidik. Ia adalah satu kejayaan yang patut dikongsi bersama rakyat Malaysia, tambahnya lagi.

Adzmi turut menyeru seluruh warga Malaysia yang berada di Kuala Lumpur, Selangor serta berdekatan untuk datang beramai-ramai ke Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini untuk menyemarakan lagi Hari Kebangsaan 2019.

Pada sambutan kali ini, seramai 15,910 peserta terlibat iaitu 4,300 daripadanya adalah pelajar sekolah selain 391 aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Putrajaya sekali lagi menjadi tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!