Home Pertahanan dan Keselamatan Peruntukan RM1 juta untuk menghargai pengorbanan, kesetiaan veteran tentera Sarawak – Uggah

Peruntukan RM1 juta untuk menghargai pengorbanan, kesetiaan veteran tentera Sarawak – Uggah

by Bernama

KUCHING, 25 Ogos – Kerajaan Sarawak mengumumkan pemberian geran sebanyak RM1 juta kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negeri itu bagi membiayai pelbagai aktiviti yang dilaksanakan persatuan itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata geran itu sebagai penghargaan kepada sumbangan, dedikasi dan pengorbanan mereka kepada negara.

“Kerana mereka kita menikmati keamanan yang membawa kepada kemakmuran dan kejayaan, anda semua telah berhadapan dengan peluru hidup dalam mempertahankan negara.

“Sarawak, terutamanya, akan terus mengingati dan menghargai pengorbanan dan kesetiaan itu,” katanya semasa berucap pada jamuan malam Persatuan Veteran ATM Negeri Sarawak sebelum Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 persatuan itu di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Pingat Setia Sentiasa Berjuang kepada 10 penerima. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!