Home Semasa Tembakan Meriam Istiadat sempena sambutan Hari Kebangsaan

Tembakan Meriam Istiadat sempena sambutan Hari Kebangsaan

by Bernama

PUTRAJAYA, 23 Ogos – Tembakan Meriam Istiadat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 akan dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia pada minggu depan, kata Perbadanan Putrajaya (PPJ).

Menurut PPj, tembakan meriam akan dilaksanakan pada raptai penuh dan sambutan hari kemerdekaan di lot parkir, Presint 3 berhadapan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini masing-masing pada 29 Ogos (Khamis) dan 31 Ogos (Sabtu) ini.

PPJ dalam kenyataan hari ini berkata, pada raptai penuh dua das tembakan meriam akan dilepaskan, manakala 14 das tembakan meriam akan dilepaskan pada hari sambutan sebenar iaitu pada Sabtu.

Kedua-dua acara dijangka bermula jam 8.00 pagi.

Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!