Home Semasa Jerebu: Sri Aman, Rompin catat kualiti udara tidak sihat

Jerebu: Sri Aman, Rompin catat kualiti udara tidak sihat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman, Sarawak dan Rompin, Pahang catat kualiti udara sangat tidak sihat setakat pukul 11 pagi, hari ini.

Bacaan IPU di stesen Pengawasan Udara Automatik di Sri Aman mencatatkan bacaan 259 manakala di Rompin adalah pada 225. Kedua-dua angka yang dicatatkan merupakan bacaan IPU dalam kategori kualiti udara sangat tidak sihat.

Sementara itu, bacaan IPU di ILP masih lagi mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu pada 160.

Data yang dikeluarkan oleh JAS adalah berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara dan dilakukan pada setiap jam. Bacaan IPU pada 51 ke 100 ditakrifkan sebagai sederhana manakala 101 ke 200 sebagai tidak sihat. Sementara itu, bacaan kualiti udara pada 201 ke 300 diklasifikasikan sebagai tidak sihat sementara bacaan IPU melebihi paras 300 adalah kategori berbahaya.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!