KOTA KINABALU, 23 Jul – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit kritikal dari Tawau ke Kota Kinabalu dengan menggunakan helikopter S61A-4 Nuri, hari ini.
Pesakit, Roslan Marjan, 42 tahun yang menghidap penyakit saccular anterior communicating artery aneurysm diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 9.25 pagi sebelum tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu bagi mendapatkan rawatan segera di Hospital Queen Elizabeth II.
Helikopter yang dikendalikan oleh Mejar Muhamad Rusli Wan Sulaiman dan dibantu oleh Kapten Ahmad Hazman Jaafar bersama 2 orang krew TUDM.
Turut mengiringi pesakit dalam penerbangan ini adalah waris pesakit dan pegawai perubatan dari Hospital Besar Tawau.
“Adalah menjadi tanggungjawab TUDM didalam memberikan komitmen serta kesungguhan yang tinggi untuk memenuhi keperluan kebajikan masyarakat seumpama ini,
“Seluruh warga TUDM mendoakan agar pesakit ini diberikan kesembuhan seperti sedia kala,” jelas pihak TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Galeri gambar: