Home Pertahanan dan Keselamatan Polis marin tahan tujuh nelayan asing, rampas bot di Labuan

Polis marin tahan tujuh nelayan asing, rampas bot di Labuan

by Bernama

LABUAN, 15 Julai – Polis marin di sini menahan tujuh nelayan warga asing ketika sedang menangkap ikan menggunakan panah besi di sekitar Pulau Tiga di perairan Kuala Penyu semalam.

Kesemua nelayan warga Filipina yang tinggal di Karambunai dekat Kota Kinabalu, Sabah itu berumur antara 23 dan 41 tahun serta tidak mempunyai dokumen yang sah.

Komander Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamed Pajeri Ali berkata mereka ditahan dalam Op Gelora Khas (Op Terancang) kira-kira 6.20 petang.

“Pasukan kami sedang melakukan rondaan di kawasan terbabit dan menahan nelayan asing yang sedang menangkap ikan…kru dan juragan bagaimanapun dibebaskan kerana mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Mohamed Pajeri berkata polis turut merampas bot nelayan itu, hasil tangkapan sebanyak 1,500 kilogram pelbagai jenis ikan, dua unit kompresor, dua tangki ikan, 400 liter diesel dan peralatan menangkap ikan yang bernilai RM114,820.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63. – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!