Home Pertahanan dan Keselamatan 5,000 hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan

5,000 hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Hampir 5,000 warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk tetamu-tetamu jemputan hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kementerian yang berlangsung di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH, hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu adalah bertujuan untuk meraikan warga kementerian awam dan ATM yang berkhidmatan di Kementerian Pertahanan.

Dalam majlis berkenaan, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa golongan yang memerlukan termasuk pesara ATM dan ahli keluarga mereka.

Seramai 15 penerima terdiri dari lapan penerima bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam, seorang penerima bantuan sara hidup dan enam orang penerima bantuan peralatan pesakit.

Manakala Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Kementerian Pertahanan pula menyampaikan sumbangan kepada lapan orang ibu tunggal.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima-panglima Perkhidmatan.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!