Home Semasa Menteri Pertahanan tidak dapat jumpa PM di London gara-gara kelewatan pesawat Malaysia Airlines

Menteri Pertahanan tidak dapat jumpa PM di London gara-gara kelewatan pesawat Malaysia Airlines

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pihak Pejabat Menteri Pertahanan Malaysia hari ini menyatakan kelewatan pesawat Malaysia Airlines menyebabkan pertemuan antara Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir gagal berlangsung.

“Menteri Pertahanan sepatutnya mempunyai temujanji penting untuk bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di London, England,

“Disebabkan kelewatan pesawat Malaysia Airlines MH0002 untuk berlepas selama lebih kurang dua jam 30 minit dari Kuala Lumpur pada malam 15 Jun 2019, temujanji yang sepatutnya berlaku pada pagi 16 Jun 2019 itu gagal untuk berlangsung,” jelas pihak Pejabat Menteri Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Difahamkan perjalanan Mohamad ke London adalah untuk bertemu dengan Tun Mahathir sebelum melakukan lawatan rasmi ke Perancis.

“Kesulitan ini amat dikesali dan diharapkan pihak Malaysia Airlines tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” kata kenyataan tersebut.

Mohamad telah melaksanakan lawatan pertama beliau ke Perancis pada 16 sehingga 21 Jun lalu sementara Perdana Menteri berada di London pada 15 Jun lalu bagi melaksanakan lawatan kerja beliau selama 3 hari di United Kingdom.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!